Kenyataan Misi CSI-Parliament

Inisiatif Masyarakat Sivil Ke Arah Reformasi Parlimen (CSI-Parliament)– Sebuah Misi

CSI-Parliament ialah sebuah badan pendorong (advocacy) kebangsaan yang ditubuhkan bagi bertindak sebagai agen pemangkin ke arah reformasi parlimen dan meningkatkan tahap politik dan urustadbir di Malaysia. CSI-Parliament akan berdasarkan kepada prinsip-prinsip umum di bawah ini dalam mencapai matlamat-matlamat di bawah:

 

I. PRINSIP-PRINSIP ke arah demokrasi yang dinamik, mewakili rakyat dan menggalakkan penyertaan.

 

Kami komited dalam memastikan Malaysia akan menjadi sebuah negara demokrasi yang mewakili rakyat dan menggalakkan penyertaan rakyat di mana

(a) Perlembagaan dan perlindungan hak asasi adalah prinsip yang teragung dan tertinggi.

(b) Badan-badan Perundangan dan Eksekutif untuk kerajaan di semua peringkat harus dipilih oleh rakyat secara bebas dan adil.

(c) Pihak Kehakiman harus berfungsi secara bebas dalam memastikan kedaulatan undang-undang dan menyediakan timbang adil yang perlu terhadap sebarang kelampauan badan-badan Eksekutif dan Perundangan.

(d) Kerajaan-kerajaan negeri harus berfungsi dalam rangka kerja yang disediakan oleh Perlembagaan, termasuk jaminan 20-poin untuk Sabah dan Sarawak, serta bebas daripada sebarang tekanan politik yang tidak demokratik daripada Kerajaan Persekutuan.

(e) Badan-badan Perundangan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan harus bertugas untuk menjamin dan meningkatkan, bukannya menyekat, kebebasan dan hak individu.

(f) Inti-pati dan artikulasi undang-undang, dasar-dasar dan jaminan hak harus selaras dengan semangat dan penyuratan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

(g) Semua proses perundangan dan pembuatan dasar adalah terbuka, telus, boleh dipercayai, menjalani perundingan dengan rakyat dan melibatkan rakyat.

 

II. MATLAMAT-MATLAMAT dalam Reformasi Institusi dan Polisi

A. Memupuk Reformasi Institusi

(a) Pemperkasaan dan penyusunan semula Agensi Anti-Korupsi dan penubuhan Suruhanjaya Ombudsman sebagai institusi-institusi bebas yang bertanggungjawab kepada Parlimen

(b) Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)

(c) Penubuhan Suruhanjaya Penghakiman untuk perlantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim.

(d) Penyusunan semula Suruhanjaya Pilihanraya dengan wakil-wakil daripada pelbagai parti-parti politik dan badan-badan masyarakat madani untuk memastikan keberkecualian pentadbiran yang menyuluruh dan membebaskannya daripada gangguan eksekutif

(e) Memansuhkan atau mengubahbaikkan semua undang-undang yang berkait-rapat dengan media atau peruntukan-peruntukan yang terkandung termasuk tetapi tidak terhad kepada Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi, Akta Komunikasi dan Multimedia, juga penggubalan suatu Akta Kebebasan Maklumat, bagi memastikan kebebasan bersuaram kebebasan maklumat dan kesaksamaan pemilikan media.

 

B. Membaikpulih Dasar-dasar Sosio-Ekonomi

Kerajaan perlu bekerja ke arah penyatuan rakyat Malaysia dan memastikan penggunaan penuh potensi tenaga yang pelbagai melalui dasar-dasar sosio-ekonomi yang progresif. Dasar-dasar tersebut sepatutnya termasuk

(a) Penggantian kepada dasar-dasar dan program-program yang bersifat perkauman dengan dasar-dasar dan program-program berdasarkan keperluan yang membantu rakyat miskin dan golongan terpinggir.

(b) Strategi-strategi pemperkasaan yang mengiktiraf kontext spesifik setiap sektor dan peka kepada jantina (gender) yang mengkhususkan kepada kumpulan-kumpulan, merangkumi tetapi tidak terhad kepada, golongan petani, para penduduk kampung baru, para pekerja ladang, masyarakat orang asli/asal, golongan miskin di kawasan bandar, rakyat kurang upaya, golongan tanpa negara, pendatang-pendatang asing dan mereka yang menghidap HIV dan AIDS.

(c) Reformasi terhadap polisi penswastaan agar semua pihak dapat menikmati peruntukan yang secukupnya dan cekap dalam perkhidmatan dan prasarana awam , merangkumi tetapi tidak terhad kepada, pendidikan, penjagaan kesihatan, air, kemudahan elektrik, kumbahan, serta, teknologi maklumat dan komunikasi.

(d) Dasar-dasar pendidikan yang menghormati pilihan individu dan kepelbagaian dan pada masa yang sama memupuk integrasi nasional dan yang menganjari merit dan kecermelangan dan pada masa yang sama menjamin peluang untuk golongan terpinggir terutamanya wanita.

(e) Polisi-polisi yang menjamin kesinambungan alam sekitar bagi memastikan perlindungan dan penyinambungan penggunaan tanah, air, udara dan sumber-sumber laut.

 

III. MODUS OPERANDI

1. Parlimen CSI akan mengambil langkah-langkah berikut berdasarkan kepada prinsip-prinsip di atas:

(a) Meningkatkan kesedaran awam dan minat mengenai isu-isu berkaitan dengan pilihanraya dan demokrasi termasuk peranan dan kualiti keteladanan yang harus ada pada wakil-wakil yang dipilih

(b) Mengenalpastikan kepedulian dasar dan prinsip yang utama yang harus diambil berat dan dipegangi oleh Ahli-ahli Parlimen dan Ahl-ahli Dewan Undangan Negeri yang baik.

(c) Menjemput calon-calon menyatakan pendirian dan tindakan terancang atas kepedulian polisi dan prinsip yang mereka memberikan komitmen.

(d) Mengenalpasti, mengendos dan menyokong calon-calon yang komited kepada Prinsip-prinsip dan matlamat-matlamat CSI-Parliament.

(e) Mengadakan aktiviti-aktiviti pasca-pilihanraya mengenai dengan calon-calon yang menyokong agenda CSI-Parliament, tak kira yang berjaya mahupun yang tewas

 

2. CSI-Parliament akan mengendos mana-mana calon yang menyokong prinsip-prinsip yang disenaraikan di Bahagian I dan matlamat-matlamat di Bahagian II, tidak kira calon-calon ini dari mana-mana parti politik.

 

Pendekatan-pendekatan yang boleh diambil bagi menunjukkani komitmen daripada ahli-ahli politik peringkat tempatan, negeri dan persekutuan termasuk:

(a) Mereka akan sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak kepentingan terbabit (stakeholders) dalam kumpulan-kumpulan masyarakat sivil.

(b) Mereka akan mengundi di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atas kepedulian-kepedulian yang telah diberi komitmen mengikut pendirian yang dijanjikan, sekalipun ini melanggar whip parti.

(c) Mereka akan mendayausahakan atau membantu ahli lain untuk mengusulkan bil ahli peribadi (private member bill) juga berinteraksi dengan Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas dalam Parlimen/Dewan Undangan Negeri yang relevan atas kepedulian-kepedulian dan perkara-pekara yang berkenaan dalam Bahagian II.

 

Ahli-ahli:
Angela M. Kugathas
Charles Santiago
Dzul Asmawi
Edward Lee
Haris Ibrahim
Ho Wai Ling
Irene Xavier
Julian Lee
Lim Teck Ghee
K. Arumugam
Maria Chin
Meera Samanther
Rathi Ramanathan
Shanon Shah bin Mohd. Sidik
Sean Ang
Ser Choon Ing
Suguna Papachan
Toni Kassim
Yeo Yang Poh
V. Gayathry
Wong Chin Huat

Leave a comment