Damai Malaysia – What they are about

Below is the content of the memorandum of the 395 groups that form Damai Malaysia, from Marina Mahathir’s blog.

We now know what they are about, but still not who they are. Please keep me posted if you know which 395 groups they are. Nowadays you have too many phantoms – I would not be surprised if there are phantom NGOs too – their members of course may and may not be phantom voters.

MUKADIMAH

Kebebasan, kemakmuran dan kestabilan yang kita kecapi selama ini adalah aset terpenting hasil perjuangan pemimpin terdahulu yang diasaskan kepada dasar tolak-ansur, hormat-menghormati berlandaskan kepada budaya Melayu diikat oleh Kontrak Sosial yang telah dipersetujui bersama oleh semua kaum sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Dasar tolak-ansur, muafakat dan perkongsian kuasa antara kaum yang telah terbukti berjaya menyatupadukan semua kaum merupakan teras utama yang wajib dipertahankan. Sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan Negara merupakan satu ancaman yang wajib dihentikan segera.

Sebagai sebuah Negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen ;

Hak bersuara semua golongan perlu dihormati tetapi perlulah berlandaskan kepada undang-undang dan saluran yang dibenarkan

∑ Rakyat boleh menentukan kepimpinan Negara melalui pilihan raya di mana setiap individu mempunyai hak mengundi. Penggunaan kekerasan serta tindakan mengundang campur tangan kuasa luar merupakan satu pengkhianatan kepada Negara.

Setiap rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk mencari kekayaan dan pendidikan tanpa sebarang diskriminasi dan sistem kasta yang membezakan mereka dari segi keturunan dan fahaman agama serta bebas menjalankan kehidupan tanpa sekatan

Atas keyakinan ini maka,

‘DAMAI MALAYSIA’ sebagai sebuah gerakan massa rentas fahaman politik, rentas perkauman, rentas sempadan dan rentas kepentingan diri mengambil ketetapan :

1. Terus memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut lunas-lunas perundangan yang telah diperuntukkan sebagaimana yang diamalkan selama ini

2. Bertekad memperkasakan semula semangat perpaduan dan kerjasama antara kaum

3. Komited kepada usaha menolak sebarang budaya dan amalan yang mampu merosakkan suasana harmoni antara kaum

4. Memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah Negara yang aman dan progresif

5. Mempertahankan kestabilan politik dan semangat perpaduan yang terus membawa Malaysia ke arah kegemilangan pada masa akan datang

6. Menolak sebarang usaha untuk membincangkan isu sensitif yang melibatkan kaum dan agama secara terbuka termasuk melalui demonstrasi politik jalanan

7. Memastikan Malaysia yang kita cintai akan terus hidup subur

DEKLARASI / KOMITMEN

“DAMAI MALAYSIA”

Akan terus komited meneguhkan amalan toleransi dan kerjasama antara kaum untuk masa hadapan Negara

∑ Akan terus menjadi pendokong kepada budaya ‘demokrasi yang bertanggungjawab’ khasnya di kalangan generasi muda Malaysia

∑ Akan terus bersama kepimpinan Negara untuk bersama sama menyumbang kepada pembinaan Negara

Kami atas nama “DAMAI MALAYSIA” dengan ini bersepakat

1. Terus menjunjung Keluhuran Perlembagaan

2. Menolak sebarang Demonstrasi Politik Jalanan

3. Menentang penggunaan isu agama dan perkauman sebagai alat untuk menambah kebencian sesama sendiri

4. Mengutuk mana-mana individu/persatuan yang menggunakan penipuan, fitnah, hasutan dan mengheret kuasa luar untuk mencampuri urusan dalaman Negara

5. Mengutuk perbuatan biadap yang menuduh kepimpinan Negara yang dipimpin oleh orang Melayu sebagai melakukan ‘penghapusan kaum’ sedangkan semua kaum mendapat layanan yang sama rata

Please keep me posted if you know which 395 groups they are. Nowadays you have too many phantoms – I would not be surprised if there are phantom NGOs too – their members of course may and may not be phantom voters.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s